♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Friday 18 December 2015

Tips untuk pendaki wanita

Sejak kebelakangan ni pendakian bukit dan gunung dah tak asing lagi.
Sebenarnya bagus sebab dapat lahirkan msyarakat yang minat bersukan.
Daripada hujung minggu yang di habiskan dengan tidur, lebih baik keluar beraktiviti.
Selalu aku dapat soalan daripada kawan2 untk tips pendakian. Sebenarnya aku baru je lagi dalam dunia pergunungan dan equipments pun tak lengkap lagi tapi kita bantu jawab mana yang kite tahu. Soalan yang paling kerap ditanya adalah:

1) Macam mana nak tukar baju kat gunung?
2) Kalau period macam mana nak basuh kat puncak?
3) barang nak bawak banyak mana?


1) Macam mana nak tukar baju kat gunung?

Situasi ni akan berlaku bila pendakian memerlukan kita bermalam di gunung. Pendakian yang lebih daripada sehari biasanya jarang bawa khemah. Untuk melimitkan berat barang untuk dipikul sepanjang pendakian. Makanya kita akan tidur di dalam fly beralaskan ground dan carrymat. Di sebabkn fly terbuka di kanan dan kiri makanya rumit untuk perempuan tuka pakaian. Jangan risau. tempat yang paling sesuai untuk tuka baju ada dua tempat. Kalau campsite ada air terjun. Maka anda boleh tukar di sebalik batu2 besar air terjun. Well, kalau bermalam di puncak gunung memang takkan ada air apatah lagi air terjun. Maka awak boleh tuka di sebalik pokok2 yang banyak di hutan tersebut. Pilih tempat yang paling selesa dan make sure jangan jauh sangat daripada lineup. ;)

2) Kalau period macam mana nak basuh?

Kalau campsite ada air terjun mudah awak nak basuh sebab air ada sangat banyaknya. Puncak gunung biasa takde air. waterpoint pun biasa sangat kecik aliran airnya. Maka sangat susah nak basuh. Jadi, awak boleh simpan dengan rapi pad awak. bungkus dengan baik dan masukkan dalam plastik dengan elok. Simpan kat poket kecik bahagian bawah bag untuk asingkan dengan barang bersih yang lain. Bila dah jumpa punca air awak boleh bersihkan pad yang disimpan tadi. Make sure bersihkan betol2 ya dan jangan buang sisa merata2. Tambahan info, kepada pendaki wanita yang period ketika pendakian. Awak sangat digalakkan memakai pad overnight untuk keselesaan dan pergerakan yang lebih selesa. ;)

3) barang nak bawak banyak mana?

Kita bukan pergi melancong ya kawan2. Maka limitkan lah barang anda. Nanti nak pikul ration(barang makanan), ground, air. Tak pasal2 sakit bahu pulak. Saya pernah pikul 15kg paling berat. Tu dah cukup pengalaman sepanjang pendakian 4hari 3malam. Ioll gadis okey. Sila jangan buli banyak sangat. haha. Baju trekking pakailah baju yang sama sepanjang pendakian naik dan turun. Baju tidur dan baju tambahan. 3 ni dah cukup sebenarnya. Bila lama2 awak biasa mendaki, sepaket wet tisu pun awak berkira beratnya. hahaha. 

Saya ni pantang betul gegadis mengada buat cecomel minta abang sado pikulkan barang. Tahukah anda yang anda sedang buli mental si pendaki lelak?. Sebelum mendaki sila study gunung yang nak ditawan. Makanya awak boleh buat anggaran tahap mana dan banyak mana awak perlu training. Kalau mudahkan kerja bersama itu lebih baik kan? :)

Semua orang penat bila sampai di campsite atau gunung. Ya, ulang suara. Semua penat bukan awak seorang sahaja. Maka ringankanlah tulang bantu pasang fly dan masak. Bila ramai yang bantu, kerja lebih cepat dan semua dapat rehat. Tu sahaja bebelan daripada kak embun. ihikss. Harap membantu walaupun sedikit. (peace!)



Thursday 26 November 2015

Fairy Cave, Sarawak

Gua paling cantik setakat ni.

Fairy cave atau gua pari2 ini terletak di Bau, Sarawak. Sebelum masuk ke gua ni kite perlu naik tangga dalam 5 tingkat untuk sampai ke pintu gerbang gua ni. Kemudian, lepas je sampai pintu gerbang, kite perlu naik tangga 90 darjah pulak. Selepas melepasi tangga 90 darjah, anda akan disajikan pemandangan indah yang terdapat dalam gua ni. Gua ni memang penuh tangga dan sangaaat luas. Teruja sungguh.. Kat tengah gua, ada titisan air daripada batu kat atas menitik ke tanah. Titisan air tu cantik sangat. Macam serpihan kaca. Masuk sini tak puas nak puji macam mana tuhan cipta indah sangat. Kawan2 pun tak abis2 berterima kasih sebab bawak mereka kat gua tuu.

 Yuran masuk hanya RM1 sahaja kawan. Siapa datang Sarawak silalah ke gua ini sebab ni antara tempat menarik yang terdapat di Sarawak. Jalan sebelum sampai ke gua ni pun tenang je. Penuh hijau sepanjang jalan. Harap harta alam indah ni kekal tidak dimamah permodenan.













jelajah bumi kenyalang

Sarawak ni negeri yang menarik untuk di lawati. Mungkin faktor suasana dia kot. Sebab misi utama ke Sarawak haritu untuk buat program kemasyarakatan bersama orang kampung di Sarawak. Maka kami memilih kampung Senyawan/Seniawan Jepon sebagai destinasi program kami. Kampung ni diberi nama ni sebab sebelum perang jepun, orang jepun menetap di kampung ni. Walaupun kampung ni tak besar dan penduduk tak ramai. Tapi mereka sangat rapat antara satu sama lain. Penduduk sini dalam anggaran seratus lebih sahaja .

Tiba je kami di kampung ni, kami diraikan dengan 3 orang makcik yang bermain gendang. Budaya orang kampung di Sarawak memang begini cara mereka meraikan tetamu. Tetamu sebenarnya kena menari  bila dengar pukulan gendang tu sebagai adab berbudi atas mereka meraikan kita. Tapi sebab saya takut tiba2 menari chicken dance, maka saya lupakan hasrat untuk menari. hahaha. Sebenarnya tak tahu menari -___-.

Orang kampung sini sangatlah baik dan ramah. Termasuk ketua kampung, Encik Anuar. Di sebabkan kampung sini memang kampung islam. Maka lebih mudah program kami yang melibatkan perbincangan agama. Kami dapat belajar buat laksa Sarawak.ambuyat dan kuih tradisional bersama orang kampung . (bakal mak mertua mesti bangga. kehkeh). Dan antara yang best. Kami mengecat tadika dan buat alat bantuan mengajar (ABM) untuk tadika kampung ni. Mestilah cikgu tadika mcm saya seghonok dapat buat abm untuk anak2 kecik ni haa. hehe.






Gigih masing2 nak decorate untuk anak2.


Dinding warna hijau saya yang cat (saje nak bgtau :p)

Lepas dah sibuk beraktiviti. Petang tu kami berjalan sekitar kampung. 


Sarawak merupakan pengeluar lada hitam terawal dulu. Haa ni la mesin lada hitam dolu2.




Terima kasih tidak terhingga kepada kampung Seniawan/senyaan jepon kerana menerima kunjungan kami. Sesiapa yang ingin buat aktiviti bersama orang kampug ni bolehlah hubungi encik anuar di talian +60198395769 .






Tuesday 29 September 2015

Qnada merayau ke Brunei Part 1

Moga "Terbang" ini membawa makna .


Berkesempatan melawat Brunei selama 12 hari . Kagum sangat dengan Sultan negara ni . Kagum dengan banyak perkara . Sedikit coretan tempat menarik untuk dilawati disamping menjadi manusia yang berfikir . 





Memandangkan saya menginap di kawasan Penaga, jadi ini antara kawasan tempat tersebut . Penaga merupakan pusat minyak di Brunei a.k.a "Brunei Shell" . Maka noding donkey (seperti gambar ketiga) terdapat banyak di kawasan ini . Kawasan ni tenang jeee . 





 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin atau dikenali masjid kubah emas yang terletak di bandar segi Begawan . Kubah ni fully emas . Kata orang tempatan , emas itu lambang kekayaan negara Brunei . Negara ni takde bangunan tinggi2 memandangkan sultan sudah letakkan garis panduan setiap bangunan yang dibina tidak melibihi ketinggian kubah masjid ini .




Billionth Barrel Monument . Ini merupakan tempat pengeluaran minyak mentah . Petang2 ramai orang beriadah di pantai ni . 



Pantai ni diberi nama "Tungku Beach" . Pantai ni betul2 bersebelahan dengan The Empire Hotel. Hotel paling mahal di Brunei . Satu malam mencecah RM 15k atau mungkin lebih . Nama pun dah gah apatah lagi bayarannya . 





Tempat tinggi . yeaay ! happy me ! haa . Biasa la seketul Qatrun ni suka sangat bila dapat lepak tempat tinggi . Memandangkan selama 12 hari di Brunei , maka selama tu ummi mesej pesan jangan naik gunung/bukit (nampak tak degil ni kena pesan hari2 . love you ummi ! kakaka ) . Sebab tak boleh ke bukit, kita curi masa dua hari pergi V- plaza yang terletak di Kuala Belait . Boleh tengok view pada waktu malam dan siang . Actly ni hotel dan rooftop hotel ni tempat makan2 . Jadi bolehlah sesiapa yang tak menginap disini untuk datang makan sahaja sambil layan view .


**Bersambunggg ........



Monday 28 September 2015

[87:16]


" but you prefer the worldly life , while the Hereafter is better and more enduring"

[87:16]


Monday 7 September 2015

Corned Beef

Haritu di Brunei nampak dalam menu order "nasi goreng corn beef" .
Aku pun order dan rasanya agak sedap ! . Jadi sebelum pulang ke Malaysia
aku beli lah 4 daripada keluaran yang berbeza setiap satunya .
 Tak tahu samada aku yang tak tahu atau kurang ada di Malaysia makanan ni.
Aku tanya kawan daripada Sarawak dia cakap tempat dia ada,
 tapi tak pernah jumpa lagi selama belajar di semenanjung .
Memandangkan excited nak family rasa, maka harini buat lunch corn beef goreng .


Bahan-bahan :

Corned Beef 
Bawang Merah
Bawang Putih
Kentang (potong dadu)
Daun Sup, daun bawang
cili padi 
Minyak 


Cara-cara memasak :

Letak sikit  minyak untuk tumis bawang (sikit sahaja)
Masukkan bawang dan tumiskan sehingga naik bau
Masukkan kentang (goreng sehingga kekuningan)
Masukkan corned beef 
Masukkan cili padi dan daun sup
Goreng sehingga masak 

(P/s : Tak perlu letak garam sebab daging corn beef dah ada ramuan sedia ada di dalamnya )

Kemudian boleh hidang dengan hidangan kasih sayang . ihikss
Boleh je variasikan dengan pelbagai sayur . 
Selamat mencuba ! 




Monday 20 April 2015

Gunung Yong Yap

Ini kisah ekspedisi aku ke Gunung Yong Yap .

Lega sangattt .Tulaa yang boleh cakap  lepas berjaya menawan puncak Gunung Yong Yap melalui kampung Kuala Mu,Perak . Gunung keenam tertinggi di semenanjung Malaysia ini terletak di sempadan Perak dan Pahang dengan ketinggian 2168 meter/7113 kaki daripada paras laut telah Berjaya kami tawan dengan barisan 10 orang pendaki dan juga dua orang guiders . Pendakian yang mengambil masa selama 3hari2malam ini menggabungkan pengalaman yang pelbagai.  

Hari pertama pendakian kami ke kemsite sungai Cincin mengambil masa selama 5jam pendakian. Bertemankan dua orang guiders orang asli kampung Kuala Mu, menambahkan lagi pengalaman yang bermakna sepanjang pendakian sebab  depa sentiasa berkongsi ilmu hutan dan tumbuh-tumbuhan hutan kepada kami . Pendakian melalui Kuala Mu agak menguji emosi dan mental. Seolah pendakian rentas pulak sebab trek agak bersepah dengan dahan-dahan kayu,buluh tua,dan juga balak tumbang .Tambahan lagi laluan ini jarang dilalui oleh pendaki kata guider.Tetapi berkat kesabaran 10 pendaki yang kental dan sering memberi semangat antara satu sama lain,pendakian ini dapat di teruskan dengan baik . 

Hari kedua pendakian di teruskan untuk misi ke puncak gunung . Pendakian ini perlu menyusuri sungai agas,kem agas  dan kemudian punca air yang besar tidak lagi di jumpai ketika pendakian di teruskan sehingga ke puncak gunung. Pendaki perlu menyediakan air yang secukupnya daripada sungai Agas agar bekalan air tidak terputus sepanjang pendakian .Walaupun rasa nak mengalah tapi gigih teruskan sebabkan sokongan dan gurauan kawan2 yang lain. 

Walaupun saya la paling adik2 tapi tabah la depa layan keranah saya . Terima kasih kakak2 dan abang2 ya. Starting point melalui Kuala Mu yang special nya ada waterfall best kat bawah . Selamat tiruk ya kepada yang pandai berenang. Ya ulang suara kepada yang pandai berenang :p











Tuesday 13 January 2015

Banjir


Musibah demi musibah ,
ujian demi ujian,
ketabahan demi ketabahan,
kekuatan demi kekuatan.


Bumi sudah semakin tua barangkali .
Banjir kat Malaysia hujung tahun lepas mencatatkan rekod antara banjir yang terteruk .
Alhamdulillah exam aritu ada gap 6 hari ke paper seterusnya .
Jadi aku ambek peluang 2 hari ke temerloh untuk turut serta bersama volunteers ikram Malaysia  buat misi bantuan banjir .Pada hari yang sama umi,along,pakcik dan sepupu ke kuala krai untuk menghantar sumbangan yang di kumpul daripada kawan2 terdekat sekitar selangor. Tak dapat diungkap kata . Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Nak ungkap kata "saya faham apa yang awak alami" sangat jauh la nak di banding dengan mereka yang betol2 mengalami . Aku mampu doa mereka sentiasa di beri nikmat tabah oleh Allah . 











Aku termotivasi dengan kata2 sorang atok merangkap mangsa banjir :

"Takpela, Allah dah bagi banyak sangat nikmat bahagia,
          Dia nak kita rasa sekali seumur hidup nikmat banjir la ni"