♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Saturday, 31 January 2015

Bahasa.

Alhamdulillah hari yang di lalui semakin baik.
Haritu ada la sorang warganegara nepal ni datang minta tolong.
Baru sampai Malaysia . Susah nak telefon keluarga di Nepal katanya .
Nak beli no baru. So aku suggestkan beli no hotlink je la.
Tapi susahnya nak komunikasi dengan dia .
Cakap bahasa inggeris dia tak faham , melayu apatah lagi .
Aku siap buat isyarat haa. Dia perati je aku dengan riak blur.
Aku tanya tarikh lahir pun dia tak faham .
Aku siap nyanyi lagu "happy birthday to you"
haa kerlasss tak aku nyanyi depan dia siap.
Tapi hampa tetap tak faham... hahaha
nama dia "indra Prasad Angdembe Pratikhasha"
Kalau nama perempuan tu macam mana la si bakal suami nak menyebut waktu akad nikah .

Wednesday, 14 January 2015

Kerja kedai

Bismillah..
First week of semester break.
Biasa aku akan cari kerja part time mengajar tadika.
p main dengan budak2 . oh bahagianya duniaaa.
Tapi kalini berbeza. Rezeki mengajar anak2 kecil bukan pada saya mgkn
Kerja just utk sebulan so agak susah .
Isnin dah start rasa tak senang duduk sebab bosan tak buat apa2.
so cari la kerja apa2 yang memerlukan pekerja.
Takde la terasa sangat membuang masa.
Alhamdulillah dapat kerja jaga kedai .
Aku rasa memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kepada wanita bila kerja kedai.
lebih2 lagi kerja pulak sorang2 .
Baru satu hari dah jumpa berbagai ragam lelaki.
Ada sorang mamat ni elok ja cakap:

"you're so beautiful. mesti ada 50 boyfriend kan?"

Oh senang nya jadi manusia menilai orang dari segi luaran .

Moga baik2 saja kisah yang mendatang .

Tuesday, 13 January 2015

Banjir


Musibah demi musibah ,
ujian demi ujian,
ketabahan demi ketabahan,
kekuatan demi kekuatan.


Bumi sudah semakin tua barangkali .
Banjir kat Malaysia hujung tahun lepas mencatatkan rekod antara banjir yang terteruk .
Alhamdulillah exam aritu ada gap 6 hari ke paper seterusnya .
Jadi aku ambek peluang 2 hari ke temerloh untuk turut serta bersama volunteers ikram Malaysia  buat misi bantuan banjir .Pada hari yang sama umi,along,pakcik dan sepupu ke kuala krai untuk menghantar sumbangan yang di kumpul daripada kawan2 terdekat sekitar selangor. Tak dapat diungkap kata . Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Nak ungkap kata "saya faham apa yang awak alami" sangat jauh la nak di banding dengan mereka yang betol2 mengalami . Aku mampu doa mereka sentiasa di beri nikmat tabah oleh Allah . 











Aku termotivasi dengan kata2 sorang atok merangkap mangsa banjir :

"Takpela, Allah dah bagi banyak sangat nikmat bahagia,
          Dia nak kita rasa sekali seumur hidup nikmat banjir la ni"