♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Sunday, 21 June 2015

Ramadhan

Assalamualaikum.

Ni pertama kali menyambut ramadhan di Usim memandangkan tarikh exam jatuh pada bulan ramadhan . Tapi alhamdulillah bertuahnya saya sebab rumah dekat . maka sampai hari keempat ramadhan ni saya masih bersahur dan berbuka bersama keluarga . Maka nikmat mana lagi kau nak dustakan qatrun ? ihikss. First ramadhan haritu adalah cerita sikit yang berlaku . Kebetulan first paper jatuh waktu 1st ramadhan . Lepas exam habis pukul 3.30pm aku bergegas start motor bersama syikin sebab ajak syikin berbuka dengan family aku . Nak jadi kan cerita, aku bergegas tu sebab nak ke Klia  nak iring ucu dan poksu yang hendak menunaikan umrah . Suku perjalanan tetiba motor macam bergoyang . Rupanya tayar motor pancit . aduhhh . Kau faham tak gadis macam aku yang isi minyak motor pun kadang2 tertumpah , ini kan pulakk nak tengok2 pasal motor . T___T . Kebetulan petrol pump tak jauhh. maka aku dan syikin pun sorong la motor bersama2 . Tapiii baru je beberapa tapak tolak motor tetiba dua brothers menaiki motor berhenti tanya :

"kenapa dik?"

"entah laa tayar niii . (aku tunjuk tayar . aku taktau nak cakap pancit ke pecah sebab tu aku tunjuk. HAHA !)"

"ouh takpela meh kiteorang tolong pergi pump kan. Percaya kt kiteorang tak?" 

waktu tu aku macam terkial2 bagi je motor tu kat dia . padahal tak kenal . bayangkan la betapa senang percaya kat manusia seorang Qatrun nada niiiii . Maka tinggallah aku dan syikin terpinga2 berdua di tepi jalan. haha . Jam dah menunjukkan pukul 4.10pm . Ucu nak masuk balai pelepasan pukul 5 . Waktu tu berserah je..

Alhamdulillah motor baik2 je. Tiub pecah kena ganti . Aku bersyukur ada lagi jejaka budiman macam dua orang tu . hehh . tetiba ayat aku macam best pulak bila guna perkataan budiman . hahaha . Nampaknya ayat power aku makin bertambah . kehkeh ..  Jam menunjukkan 4.40pm .

Aku pecut daripada nilai ke Klia . Haa cer teka pukul berapa sampai ?  Jam 5 tepat aku sampai kat tingkat dua tempat pelepasan . Walid terkejut dapat tahu aku bawak motor laju camtuu . Tapi kira Lambat la tu sebab terkial-kial  nak cari parking kat Klia ni (first timer uii) dan kiteorang menjadi pesalah pada hari kejadian sebab letak motor ikut dann jee ..

Tapii kann saya lambat dua minit . Pukul 4.58pm ucu dah masuk balai . Aku nangis . hmm . Dah la aku je family yang nak iring ucu . maklumlah hari bekerja semua orang kerja . Takde rezekiii . Sedikit hampa. bukan sedikit . banyak sebenarnyaaa . :'(

Salam Ramadhan Kareemm ... Allahu akram !