Tiba je kami di kampung ni, kami diraikan dengan 3 orang makcik yang bermain gendang. Budaya orang kampung di Sarawak memang begini cara mereka meraikan tetamu. Tetamu sebenarnya kena menari bila dengar pukulan gendang tu sebagai adab berbudi atas mereka meraikan kita. Tapi sebab saya takut tiba2 menari chicken dance, maka saya lupakan hasrat untuk menari. hahaha. Sebenarnya tak tahu menari -___-.
Orang kampung sini sangatlah baik dan ramah. Termasuk ketua kampung, Encik Anuar. Di sebabkan kampung sini memang kampung islam. Maka lebih mudah program kami yang melibatkan perbincangan agama. Kami dapat belajar buat laksa Sarawak.ambuyat dan kuih tradisional bersama orang kampung . (bakal mak mertua mesti bangga. kehkeh). Dan antara yang best. Kami mengecat tadika dan buat alat bantuan mengajar (ABM) untuk tadika kampung ni. Mestilah cikgu tadika mcm saya seghonok dapat buat abm untuk anak2 kecik ni haa. hehe.
Gigih masing2 nak decorate untuk anak2.
Dinding warna hijau saya yang cat (saje nak bgtau :p)
Lepas dah sibuk beraktiviti. Petang tu kami berjalan sekitar kampung.
Sarawak merupakan pengeluar lada hitam terawal dulu. Haa ni la mesin lada hitam dolu2.
Terima kasih tidak terhingga kepada kampung Seniawan/senyaan jepon kerana menerima kunjungan kami. Sesiapa yang ingin buat aktiviti bersama orang kampug ni bolehlah hubungi encik anuar di talian +60198395769 .
No comments:
Post a Comment