Ini kisah ekspedisi aku ke Gunung Yong Yap .
Lega sangattt .Tulaa yang boleh cakap lepas berjaya
menawan puncak Gunung Yong Yap melalui kampung Kuala Mu,Perak . Gunung keenam
tertinggi di semenanjung Malaysia ini terletak di sempadan Perak dan Pahang
dengan ketinggian 2168 meter/7113 kaki daripada paras laut telah Berjaya kami
tawan dengan barisan 10 orang pendaki dan juga dua orang guiders .
Pendakian yang mengambil masa selama 3hari2malam ini menggabungkan pengalaman
yang pelbagai.
Hari pertama pendakian kami ke kemsite sungai Cincin mengambil masa
selama 5jam pendakian. Bertemankan dua orang guiders orang asli kampung
Kuala Mu, menambahkan lagi pengalaman yang bermakna sepanjang pendakian sebab depa sentiasa berkongsi ilmu hutan dan tumbuh-tumbuhan hutan kepada kami . Pendakian
melalui Kuala Mu agak menguji emosi dan mental. Seolah pendakian rentas pulak sebab trek
agak bersepah dengan dahan-dahan kayu,buluh tua,dan juga balak tumbang
.Tambahan lagi laluan ini jarang dilalui oleh pendaki kata guider.Tetapi
berkat kesabaran 10 pendaki yang kental dan sering memberi semangat antara satu
sama lain,pendakian ini dapat di teruskan dengan baik .
Hari kedua pendakian di teruskan untuk misi ke puncak gunung . Pendakian
ini perlu menyusuri sungai agas,kem agas
dan kemudian punca air yang besar tidak lagi di jumpai ketika pendakian
di teruskan sehingga ke puncak gunung. Pendaki perlu menyediakan air yang
secukupnya daripada sungai Agas agar bekalan air tidak terputus sepanjang
pendakian .Walaupun rasa nak mengalah tapi gigih teruskan sebabkan sokongan dan gurauan kawan2 yang lain.
Walaupun saya la paling adik2 tapi tabah la depa layan keranah saya . Terima kasih kakak2 dan abang2 ya. Starting point melalui Kuala Mu yang special nya ada waterfall best kat bawah . Selamat tiruk ya kepada yang pandai berenang. Ya ulang suara kepada yang pandai berenang :p
terima kasih atas perkongsian ini... hari khamis ni saya pula nak pergi mendaki gunung yong yap ni... doakan saya ye :D
ReplyDelete