♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Saturday, 6 September 2014

XPDC 3boundries , charlie , yong belar

Sudah seminggu berlalu .

Alhamdulillah last week saya berkesempatan mengharungi misi tawan beberapa puncak gunung . ececeh. gaya macam tawan gunung everest . hikss :p .  Actly , ni redah trip orang je. kenal sorang hamba Allah . tpi tu pun kenal gitu2 je. Objektif trip ni sebenarnya nak celebrate hari kemerdekaan kat puncak gunung . budak2 ni siap bawak bunga api tau . tapi apakan daya guider halang niat suci mereka .haha . Takut jadi isu pulak . sebenarnya gua pun tak faham apa isu tu .huhu . Pastu bajet2 nak nyanyi lagi 31ogos tepat pukul 12malam . Tapi semua dah kesejukan berselubung dalam sleeping bag .haha . Malamtui tu  suhu 9 darjah celcius .

Okey . bermula diary perjalanan . Gerak khamis malam . punya kelam kabut . sebab petang tu nak kena jumpa member kt serdang  sebab ada tempah raincover kat dia. pakat datang 2orang . sekali 5 orang datang . budak kaki gunung jugak.so dapat la sedikit ilmu pasal pergunungn bla bla bla..  Pastu cepat2 gerak p kl sentral nk jumpa bff sorang ni sbb nk pinjam sweater .. punya berjam tunggu . and tadaaaa. bila dia sampai dia boleh tak bawak .. u know wat . waktu tu dah nangis tp dalam hati . Allah je yang tahu . eleh pasal sweater je pun . tp sebab kn sweater la gua boleh sakit tau tak. sokayhh . Next time jgn pinjam kat orang k even from your bff.

Carpool kereta orang mcm biasa. Pastu sampai tanah rata . semua letak kerata kat situ .daripada situ ke kaki gunung naik powil . powil legend . zaman jepun lagi .haha .. brader kuma yang bawak .


Sebelum start trekking makan2 . pastu gerak ke starting point. macam biasa guider bagi breifing laluan mana yang kita akan lalui . then warm up .



sebelum trekking .

Kita lalu kawasan BVD ye anak2. atau nama panjangnya blue valley dem . kita akan mengharungi tangga 90 darjah dan ketinggian dalam 200meter. Lepastu kita akan lalu jalan batang paip yang berselirat dan berlumpur dengan jayanya . haha . i berjaya menjaga kasut i daripada terkena selut . wink wink . betapa bahagia hati beta.haha



ni la laluan batang paip 



muka lega dah lepas daripada selut nyelut.haha


Tempat budak poyo ni duduk ialah puncak 3boundries.
sempadan 3 negeri . pahang, perak,kelantan.
kalau nak rasa perjalanan 3negeri tak sampai 5minit dtg la sini.hehe
view cantikk! sebab nampak gunung ganang 360 dajah.


malam pertama trip kami tidur di puncak charlie .
ni muka bahagia nak sambung perjalanan ke puncak yong belar 
haha!








Jemput tengok gambar2 di puncak .
saya malas nak cerita panjang .haha

Bagi yang taktahu,Gunung yong belar ni adalah gunung ketiga tertinggi di semenanjung Malaysia,dengan ketinggian 2181meter/7156ft . Atau lebih dikenali one of G7 mount . So 31ogos kami turun untuk menamatkan misi ni . perjalanan turun akan melalui puncak gurka , kem kasut dan kem tudung periuk. setiap kem ada kisah misteri tersendiri .nak tau pm saya . malas nak cerita panjang.haha ..  ohyee. trip ni tak berakhir hanya di sini sebab kami sambung lagi sehari untuk spent time together kat cameron highland ! hoyeahhh . dah macam family gathering . lepaking,eating,shopping,story morry .. arghh. jujur rindu walaupun baru je kenal :') .. 



Muka2 bahagia turun gunung .
sampai bawah pukul 3stgh . tggu team terakhir pkul 7stgh .
kegigihan menunggu itu di temani dengan bergambar sakan .

Till we meet again. 







Wednesday, 28 May 2014

Gunung Angsi



Bismillahirrahmankrrahim .

Cerita bulan lepas . 1 Mei . Hari buruh . Berpeluang naik gunung angsi . Actly kena jadi crew guider under MNA outdoor . As always bawak budak Usim . wink wink . ^_^ . MNA outdoor ni umpama family aku dah . sebab ni team hiking paling aku rapat . So sibok2 tanya sume bdk2 MNA pergi tak . Tapi payed tak g . katanya nak puasa 1rejab dengan family . Biasa carpool kereta dengan dia . So pada hari kejadian saya dan sara carpool kereta syuk. Thanks syuk ! .



Sebelum pendakian


Perjalanan kami melalui starting point bukit putus . So memang tak mental k. Gunung angsi ni ada beberapa starting point .dan yang biasa dilalui hikers adalah bukit putus atau ulu bendul . Orang kata Ulu bendul mental habis kalau naik. So kami teruskan pendakian . Best sebab santai ! . so saya team pertama yang bawak budak naik ke puncak . Kemain laju kakak2 ni . saya dah la sakit perut waktu ni .


ni kawan2 yang bersama saya sampai ke puncak.



Alhamdulillah sampai puncakkk !!

So tunggu semua sampai . Bila mama sampai puncak,macam biasa mama la peti sejuk kami . Memang macam2 makanan mama bawak . lebih2 lagi buah-buahan . sebab mama kami sorang ni hantu buah . hehe . Haa ni story lan . psst psst .orang baru beli stove  tapi taktau nak cucuk gas cemana .haha . meh kaklong ajar mehh . nak masak megy katanya . menyakat dan mengayat orang adalah hobi lan . :D . Then dok relaks2 tibe2 amal cakap payed on the way . then dalam hati *mesti tak jadi puasa budak tu*.. So mula la sesi menyakat sorang sis ni sebab payed hike gunung angsi jugak.haha . punye blushing gile sis tu .. banyak gile kisah budak2 MNA ni. gua perati je ..hahaha .


                             


Dah puas rehat2. Maka wajib turun ye kawan2. So kami turun ikut laluan Ulu bendul. and tadaaaa !! . memang mental gak kalau naik ikut sini..pacak pacak pacak . Memang nampak la muka hikers yang lalu ikut sini penat gile.huhu . *Tula . orang suruh tido kat umah or shopping taknak. nak jugak berkotor2 dalam hutan* ayat cliche .haha .. Bila sampai kat kaki gunung kat Ulu bendul tu rupa2nya ni memang tempat rekreasi . So ramai la keluarga yang datang berehat kat air terjun sini . Cuti hari buruh katakan . Benda tak boleh lupa. saya dah bayar 50sen nak mandi tibe2 air takdeeeee . seteghessss . Maka nekad nak p mandi kat air terjun tbe2 nampak ada toilet kat belakang . dan nak di jadikan cerita abg2 yang ada kat situ bagi gua masuk free sebab dengar cerita sedih gua kat toilet sana takde air kot.hahaha .




Makan2 sebelum balik ye kawan2 . 
mee udang and cendol sedap sangat kat sini kata mereka
tata . jumpa lagi ..