♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Sunday, 15 December 2013

Rehlah port dickson

Bismillahirrahmanirrahim ..

Pejam celik pejam celik . dah nak habis sem 3 . minggu ni minggu terakhir sebelum nak ke study week . 
Biasa la awal2 baru masuk sem . semua pakat malu2 . pelajar sekolah baru nak melangkah ke alam u katanya .lepas daripada tu. sahabat ni la yang mematang di alam universiti . Kemudian masuk semester kedua . kelas pun dirombak. maka ramai berontak nak kawan2 kelas lama. ada kimia katanya . bukan assobiyyah . tapi yang "sekepala" susah nak cari sebenarnya . Hampir dua semester tangguh untuk buat rehlah bersama .Maka alhamdulillah sabtu lepas curi jugak masa walaupun semua sibuk dengan assignments terakhir untuk submit by this week . tapi tak semua dapat join atas komitmen lain . muslimat sahaja . muslimin sila ke kaunter rehah lain .hikss :P . 

Bangun awal pagi masak untuk rehlah . macam isteri2 mithali dah . haha ., kalau mana2 reader ada yang berkenan dengan sahabat2 ana dalam gambar di bawah nanti, boleh la pm ana . kalau masih single ana boleh tolong .hihi . Haritu keje tukang ambek gambar je. memandangkan memang saya yang paling suka ambek gambar walaupun xde bakat .  . okey . Bismillah . Port Dickson here we go !


Sewa dua buah kereta . 


sahabat paling rapat . tapi kurang sorang . shafatin xde .


makan makan makan . ni sarapan . tengahari p makan kat pantai belah lain.haha


Ada paparazzi curi2 gambar kesawitan kami .haha 




Mereka solehah .tak tipu . saya tahu la sebab saya kenal mereka ! 


Sian kawan2ku . semua ngidam nak naik bot pensel tu .memandangkan
bayaran rm15 seorang . maka semua lupakan hasrat ..huhu


kalaulah kau tahu . dengan lihat ini cukup buat kau tahu betapa besarnya Dia 


Hotel berdekatan


#Maaf atas kemalasan writer untuk edit gambar .. gambar tak edit pun cantik jugak kan ? *ayat backup diri sendiri :D

Wednesday, 4 December 2013

XPDC Gunung Liang

Bismillahirrahmanirrahim ..

Banyak sangat benda nak di ceritakan sepanjang pendakian ni .
BESSTTT !!!
taktau nak ungkap camne best tu .
padahal baru kenal.
tapi kamcengnya macam dah kawan daripada kecik ^_^
pendakian yang hujan tak berhenti sepanjang 3 hari.
kesejukan yang taktau nak cakap.
suhu 13 darjah celcius. tahu takdela sejuk sangat bagi korang.
tapi bagi saya tu dah cukup sangat sejuk okey.








Permulaan pendakian .melalui jalan kampung dan mengambil masa 
45minit untuk sampai ke starting point


Pendakian yang mengambil masa selama 8jam untuk sampai ke kem 7E .
Serius taktau kenapa penatnya lain macam.
waktu dah nak sampai puncak.
setiap 5minit jalan nak duduk je. haha
beg berat bak hang . budak2 laki siap berapa kali promote nak tolong bawakkan.
but sokeyhh. ioll badang uoll .. hikss :p
tapi sepanjang pendakian budak2 ni siap ada jadi dj radio "liang fm" la bagai.nyanyi ramai2 .
bagi teka teki. suasana dalam hutan yang paling bising saya pernah join.
ikut selambe dorang je nak bising camtu .. -.-'


Ni lah kem 7Eleven .
berkampung selama 3hari 2malam disini. tempat gigirls ket hujunggg sana.

Hari kedua .

Perjalanan diteruskan untuk ke puncak gunung liang east/west.
puncak gunung ni terbahagi kepada dua . dan kita akan ke puncak east dulu ye anak2 .
Perjalanan mengambil masa selama 2jam.
but alhamdulillah . saya dapat naik selama sejam setengah *sebab tak angkut beg boleh cakapla* .haha




Alhamdulillah semua berjaya tawan puncak gunung Liang
ketinggian 1933m/6434ft . Tahniah guys !



Maka lepas semua dah gembira sakan bergambar pose bagai.
kita teruskan ke puncak gunung west pulak ..
yeayy !! saya lagi suka kt puncak west sebab pokok2 dia cantik2 . 
macam pokok2 lumut uoll . 
tak jauh pun daripada puncak east . dalam 5-10minit sahaja .
\


haaa.. nampak tak pokok2 tu ? cantik kan ? ^_^
tapi macam horror pulak dalam gambar -_-. haha


Tak sangka ada orang curi2 amek gambar itew waktu kite 
tgh dok sakan amek gambo.
btw thanks kpd anda tu .



Gambar paling mahal and happening .
thanks untuk kenangan pendakian ni .

Perjalanan pulang yang bawak banyak gile kenangan . Siap singgah makan durian free kat rumah orang tak di kenali . taktau nak habaq kat hang .Beribu tahniah kepada geng2 hikers kental USIM gabungan the guiders from UNIMAP dan ketua guider Abang ijan the otai hiker . Harap next trip kite dapat pergi sama2 lagi. Much love from nada .












Thursday, 31 October 2013

♥ ♥ ♥


            


Untuk setiap ketabahan yang dipinjamkan.
Untuk setiap nikmat yang tak pernah berkurang .

Untuk setiap aturan langkah kaki .
Untuk setiap kasih sayangMu yang tak berbelah bahagi .
Untuk setiap insan yang menyayangi diri ini  .
Untuk setiap peringatanmu yang menguatkan jiwa ini ..

Dan untuk airmata yang sentiasa tenangkan hati ....


Terima kasih Allah .....






Sunday, 6 October 2013

Santai Bukit Broga

Bismillahirrahmanirrahim .

Apa khabar iman yang semakin menurun ? *tembak soalan pada hati .

Memandangkan harini kelas batal maka saya rasa rajin nak update blog . Walupun takde idea nak tulis apa tapi gigih juga nak update . Sebelum tu terima kasih pada semua hamba2 Allah yang sentiasa mendoakan saya . Peace (Y)

Ni kali kedua saya ke Bukit Broga, Semnyih . kali pertama naik boleh kira berapa keping je saya snap, sebab kan sesuatu . okey . cerita zaman purba .  Kepada sesiapa yang sangat meminati alam . saya sangat syorkan anda kesini . betul tak tipu . sebab memang tenang ya rabbi . Pastikan naik sebelum subuh . anda akan menikmati alam yang lebih indah .Jangan tak solat subuh pula . Boleh solat di atas . *siapa tak pernah boleh cuba . ^_^ .  Alam Allah bagi pinjam untuk manusia berfikir . Tidak ke begitu ?


Tulisan banyak tenangkan saya .
Kadang tak perlukan pendengar setia . 


Khusyuk 


Mereka dapat port paling best untuk menikmati sunrise



Dunia dan seisinya 

Sentiasa macam pasar malam hujung minggu ni :D


Hati2 . Sebelah batu tu sangat cerun . 
Boleh ke alam lain kalu jatuh mungkin



Manis2 sahabat saya ^_^



Bandar Semnyih 


With love 


Syria will be Free *biidznillah