♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Monday, 2 May 2016

Redah saja pasti ada jalan

Biasanya aku akan rancang perjalanan.
Tapi bila tak nampak jalan baru aku redah je ikut takdir yang akan menimpa.
Haritu aku decided untuk balik johor since nenek tak berapa sihat
dan atok baru jatuh dalam tandas dan menyebabkan tulang bahunya patah.
Aku rancang nak duduk kampung dua minggu sebelum start intern.
Boleh la hari2 aku tolong masak dan kemas rumah nenek.
Kat kampung memang atok dan nenek duduk berdua je.
Aku balik naik bas. So aku pergi ke Ktm Nilai menuju ke Tbs.
Mujur ada tiket waktu tu.
Aku rancang bila sampai kat simpang traffic light kat pekan Ayer Hitam
aku nak jalan kaki je pergi rumah nenek sebab takde public transport.
Tapi rupa2nya keadaan lebih dasyat. hahhaha
Sebab bas Ayer Hitam dah tak berhenti kat pekan, tapi drop penumpang
kat tol Ayer Hitam sahaja, kemudian bas tu terus menuju ke kluang.
Waktu tu aku tenang je. dalam hati cakap "ada jalan qatrun, jangan risau inshaAllah"
Dah sampai kat tol tu blur kejap sebab memang cab, bas semua takde.
Terus aku pergi tandas, kebetulan terjumpa makcik cleaner.
Aku tanya :

"ada apa2 kenderaan awam yang boleh hantar saya ke pekan tak?"

"Sini takde kenderaan awam. awak nak balik mana?"

"Saya nak pergi taman perdana"

"Kawan makcik baru nak balik tu, nanti makcik minta di tumpangkan adik"

Syukur sangat kawan makcik tu nak tumpangkan.
Kawan makcik tu tengah siap2 start enjin motor nak balik.
Dapat jugak jalan macam mana nak pergi umah atok. hehe
Rupanya rumah makcik tu dekat sangat dengan rumah nenek aku. 
Just terpisah kebun kelapa sawit je.
Atok nenek aku punya terkejut aku balik sorang2 tiba2 naik motor orang pulak tu. hehe
Happy bila masak untuk atok nenek dan dorang makan tambah. 
Moga selalu makan makanan yang sihat2 ya :)

1 comment: