♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Sunday, 6 September 2015

Keberkatan

Aku selalu anggap bila setiap urusan banyak  Allah mudahkan
 adalah di sebabkan doa ibubapa .
Kadang kita selalu lupa hidup ni atas keberkatan dalam hidup .
Syukur masih punya ibubapa . syukur juga Allah tetapkan dua insan ni
jadi ummi walid aku . Since aku selalu kerja part time waktu cuti , bila tiap kali dapat gaji
mesti hulur kat parents (sama macam orang lain buat) . Tapi waktu aku kerja lepas SPM dulu aku hulur kat walid , tapi walid tak terima . Waktu tu rasa sedih dan macam biasa nangis la apalagi (ratu airmata betul) . Sedih sebab rasa gaji tu macam satu reward untuk diri sendiri laa then kekonon fefeeling dapat cium tangan sambil hulur duit mcm umi walid buat bila jumpa atok nenek . Tapi bila aku kerja lepas STAM aku paksa walid terima . kehkeh . Waktu tu macam dah matang sikit :p . Aku cakap :

"walid terimalah, ada keberkatan untuk hidup kakcik walaupun sikit je ni"

Lepas daripada tu sehingga sekarang ummi walid akan terima . sampailah adik2 aku dah besar dan rajin jugak kerja parttime dan turut hulur kat umi walid . Kadang hidup ni tak payah cakap kat mulut pun untuk tunjuk qudwah .  melalui perbuatan pun dah cukup dan kita dapat rasa bahagia sesama .

Aku baru balik daripada Brunei . Balik Malaysia terus p ATM sebab gaji kerja aritu masuk waktu aku di Brunei . Tapi parents xnak terima duit since banyak jugak ole2 aku bawak balik . Tapi sebab aku cakap ayat keberkatan ni umi walid terima lah jugak . 😃 Semua orang akan sedar . susah macam mana pun kau lalui hidup kau waktu takde duit, mesti ada je jalan yang Allah permudahkan . Even jalan tu agak rumit (aku juga pernah rasa ) .

Selamat menempuh hidup , qatrun . 

No comments:

Post a Comment