♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Saturday, 21 March 2015

Bukit Tabur dan kisah Alex

Assalamualaikum .

Hujung minggu masa terbaik untuk bersukan . Maka hujung minggu ni naik ke bukit tabur  (west) lagi. Bukit ni terletak di taman melawati. Di sebabkan kl dan nilai tak jauh mana, maka mudah laa pendakian ini. Hari ni belajar banyak tentang manusia dan hidup . Tapi tak pandai nak ekpresikan rasa gembira untuk kisah hari ini.




Bukit Tabur

Okey, ini kisah tentang Alexender . Tadi pergi ke gua batu damai untuk tengok orang climb .Alex lebih di senangi dengan panggilan Iskandar . Berasal daripada England dan sudah setahun menetap di Malaysia.Power gila climb !  First dengar nama dia saya tanya :

"Are you Muslim"
"belum lagi"

"are you student?"
"yes. Student of life"

Aku senyum sorang2 dengar respond dia .

Bermulalah sembang santai dengan dia . Dia pandai cakap melayu . Dia selalu merantau ke negara2 orang secara solo dan tujuan dia pergi ke negara orang untuk pergi ke gunung . Bila dia stayed kat Malaysia dia seronok duduk sini. Banyak gunung katanya . Minggu lepas dia baru pulang daripada China . Seronok dia cerita yang gunung kat china cantik , tinggi dan ada salji . Lepastu dia berhenti bercakap dan pandang saya sambil cakap :

"Tapi kalau you pergi you akan mati kesejukan"


haha ! lucu jiddan drngar ayat dia . Dia cakap dia tak suka duduk kat Uk sebab banyak bangunan . Dia memang peramah betol. Semua orang senang nak berbual dengan dia kat damai tadi.Lepas sembang dan tengok skill dia climb saya ajak dia pergi makan dengan kawan . Dia join kami . Waktu makan ada la sesi sharing moment dan saya ajar dia tulis nama dia dalam jawi . You know what ? pertama kali dia tulis tulisan jawi dan tulisan dia cantik ok. hehe . Lepastu dia ajar tulis tulisan nama dia dalam bahasa China . Lepastu saya tulis tulisan china untuk dia. Terkejut dia yang saya tau tulis . Dan dia cakap "next time saya nak bawak awak teman saya pergi china" . haha . Sebelum balik dia pesan suruh saya selalu datang climb. Nak berkawan lepas2ni . 

Ada lagi benda aku tertarik dengan sikap Alex ni . Saya harap satu masa nanti dia memeluk agama islam . Allahumma ameen.



Ini lah Alexender (Iskandar)


Ni lah tulisan jawi pertama iskandar








No comments:

Post a Comment