♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Saturday, 21 March 2015

Bukit Tabur dan kisah Alex

Assalamualaikum .

Hujung minggu masa terbaik untuk bersukan . Maka hujung minggu ni naik ke bukit tabur  (west) lagi. Bukit ni terletak di taman melawati. Di sebabkan kl dan nilai tak jauh mana, maka mudah laa pendakian ini. Hari ni belajar banyak tentang manusia dan hidup . Tapi tak pandai nak ekpresikan rasa gembira untuk kisah hari ini.




Bukit Tabur

Okey, ini kisah tentang Alexender . Tadi pergi ke gua batu damai untuk tengok orang climb .Alex lebih di senangi dengan panggilan Iskandar . Berasal daripada England dan sudah setahun menetap di Malaysia.Power gila climb !  First dengar nama dia saya tanya :

"Are you Muslim"
"belum lagi"

"are you student?"
"yes. Student of life"

Aku senyum sorang2 dengar respond dia .

Bermulalah sembang santai dengan dia . Dia pandai cakap melayu . Dia selalu merantau ke negara2 orang secara solo dan tujuan dia pergi ke negara orang untuk pergi ke gunung . Bila dia stayed kat Malaysia dia seronok duduk sini. Banyak gunung katanya . Minggu lepas dia baru pulang daripada China . Seronok dia cerita yang gunung kat china cantik , tinggi dan ada salji . Lepastu dia berhenti bercakap dan pandang saya sambil cakap :

"Tapi kalau you pergi you akan mati kesejukan"


haha ! lucu jiddan drngar ayat dia . Dia cakap dia tak suka duduk kat Uk sebab banyak bangunan . Dia memang peramah betol. Semua orang senang nak berbual dengan dia kat damai tadi.Lepas sembang dan tengok skill dia climb saya ajak dia pergi makan dengan kawan . Dia join kami . Waktu makan ada la sesi sharing moment dan saya ajar dia tulis nama dia dalam jawi . You know what ? pertama kali dia tulis tulisan jawi dan tulisan dia cantik ok. hehe . Lepastu dia ajar tulis tulisan nama dia dalam bahasa China . Lepastu saya tulis tulisan china untuk dia. Terkejut dia yang saya tau tulis . Dan dia cakap "next time saya nak bawak awak teman saya pergi china" . haha . Sebelum balik dia pesan suruh saya selalu datang climb. Nak berkawan lepas2ni . 

Ada lagi benda aku tertarik dengan sikap Alex ni . Saya harap satu masa nanti dia memeluk agama islam . Allahumma ameen.



Ini lah Alexender (Iskandar)


Ni lah tulisan jawi pertama iskandar








Thursday, 12 March 2015

Catatan matluthfi


Dia ni satu2 vlogger yang selalu aku tertunggu2
 bila dia nak update video baru .
Aku suka video and writing style dia.
Santai,lawak dan deep at d same time .
Aku teringat ada sorang doktor ni bagitau kat aku.
"Islam memerlukan ramai doktor,engineer,arkitek untuk bawa islam"
Saya harap awak salah satu nyaa..


"When God puts you in a situation where no one can help,
He really means business-one on one"

Wednesday, 4 March 2015

Tumpang

Haritu on the way nak balik sepang.
Ada nampak sorang sister berniqob.
Aku yakin dia pelajar usim.
Actly dah banyak kali nampak dia jalan kaki menghala ke jalan besar di nilai.
Tapi selalu nampak daripada jauh.
Tapi kebetulan haritu waktu aku bawak motor ternampak dia jalan kat tepi jalan.
So aku pun berhentikan motor sebab niat nak tumpangkan dia .
Daripada dulu aku assumed that yang dia selalu jalan kaki sebab nak pergi giant/tesco.
Then aku tanya .
(Kena sembang arab or english sbb org nigeria).
"Where do you want to go?"
"I want to go to mosque" -her
Kau tau tak makna sentap tertikam hati tu macam mana?
Datang bermusafir ke Malaysia untuk timba ilmu dan selalu pergi ke masjid dengan berjalan kaki . nak berjalan kaki daripada kolej ke masjid mungkin dlm 20-30 minit  .
Waktu perjalanan tu aku bercakap dengan hati seorang Qatrun nada .

"Mungkin tuhan nak kau ingat Dia selalu la ni qatrun,sebab tu dia tegur cara macamni ."