♥ Semoga awak sentiasa dalam jagaan Allah ♥

Thursday, 26 February 2015

Ibrah

Ada la satu masa dulu pernah terjatuh daripada landasan bahagia dan redha sebab masalah cinta . cewahh . landasan katanya. haha . waktu tu i lost 10 kg berat dalam masa dua minggu . Kerja nangis je tak kira masa. So satu hari ni i decided untuk balik kelantan jumpa nenek dan cikgu2 mana tau ada sikit kekuatan yang dapat pulihkan diri waktu tu. Aku balik sorang2 naik bas. Dalam satu hari je Allah hantar 4 ibrah untuk aku amek iktibar . Semuanya yang berkaitan dengan masalah yang aku tengah hadapi waktu tu . Waktu tu rasa macam tak logik nya benda ni jadi kat aku. Pesal semua orang macam tau je masalah aku ni. Tapi kau selalu tak sedar cara Allah pujuk dan tarik kau dari sudut yang kau sendiri kena dalami .

Well , orang kata life ni payah. indeed, kau nak bernafas pun payah dan sesak skrg ni.Kiri kanan orang merokok. Hidup ni kalau asyik nak cari jalan shortcut je ,tu la jalan yang paling jauh sebenanya. Bukan ke ujian pelbagai tu sebahagian daripada warna kehidupan ? wink wink . doakan kak embun . :D